Rafizi Ramli.
Kelibat bekas Rafizi Ramli tidak kelihatan pada hari terakhir Kongres Nasional PKR di Johor hari ini.
Semalam bekas timbalan presiden PKR itu diumumkan tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam perebutan jawatan nombor dua parti itu.
Meskipun Rafizi semalam mengesahkan akan hadir, kelibatnya tidak kelihatan di lokasi kongres sejak jam 8 pagi tadi.
Setiausaha akhbar kepada Menteri Ekonomi itu, Farhan Iqbal, mengesahkan Rafizi telah pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru malam tadi.
“Rafizi pulang ke Kuala Lumpur pagi ini,” katanya dipetik Malaysiakini.
Dalam satu hantaran di Facebook, Rafizi menulis titipan kepada para penyokongnya dan mengakui kekalahan tersebut memberi kesan kepadanya.
Jelas beliau, kerana cita-cita itulah yang yang telah menjerumuskan dirinya ke dalam aktivisme dan politik dahulu.
“Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.
“Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau.
Rafizi turut berpesan kepada penyokong-penyokongnya yang kecewa supaya tidak kecewa dan reda dengan ketetapan serta hikmah selepas apa yang berlaku.
“ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya,” ujar beliau.
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum