Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão ketika tiba di Malaysia pada Jumaat menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati perkhidmatan perayauan data 4G yang lancar dan berpatutan semasa berada di Timor-Leste, berikutan pelancaran perkhidmatan itu oleh pengendali rangkaian mudah alih utama negara, berkuat kuasa baru-baru ini.
Inisiatif bersejarah ini diumumkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
CelcomDigi, Maxis, TM dan U Mobile telah mengaktifkan perkhidmatan tersebut mulai 17 Oktober, diikuti oleh YTL Communications pada 24 Oktober.
Pencapaian ini menandakan lonjakan besar daripada infrastruktur 2G dan 3G sebelum ini, membolehkan rakyat Malaysia di Timor-Leste mengalami kelajuan internet yang lebih pantas.
Perkembangan ini adalah hasil kerjasama erat MCMC dengan Autoridade Nacional de Comunicações (ANC) Timor-Leste, serta perkongsian strategik antara pengendali Malaysia dengan penyedia di Timor-Leste, iaitu Telkomcel, Telemor dan Timor Telecom.
“Inisiatif ini memastikan rakyat Malaysia di Timor-Leste menikmati perayauan data yang lancar pada kadar berpatutan, setaraf dengan negara ASEAN lain,” menurut kenyataan Kementerian Komunikasi.
Ia juga selaras dengan komitmen Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang menekankan keterangkuman dan keterhubungan digital.
Malaysia turut mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli ke-11 ASEAN.
“Ini adalah detik bersejarah dalam mengukuhkan perpaduan ASEAN dan visi bersama ke arah rantau yang lebih inklusif serta terhubung secara digital,” jelas kenyataan tersebut.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia kekal komited dalam mempromosikan keterhubungan merentas sempadan, selaras dengan tema membentuk masa depan digital bersama untuk semua rakyat ASEAN.
Bantahan terhadap Trump bergema di Dataran Merdeka
Trump tiba di Malaysia, naik ‘The Beast’ bersama Anwar
Pertemuan Anwar dengan Presiden FIFA buka lembaran baharu untuk bola sepak tempatan
TMJ pertahan 7 pemain ‘warisan’, dokumen dikemukakan sah
Polis larang perhimpunan di Ampang Park esok, jaga kelancaran Sidang ASEAN
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa