Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS : Bernama

April 6, 2026 · Isu semasa

Ringgit mengakhiri urus niaga petang Isnin dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong sentimen optimis terhadap kemungkinan gencatan senjata di Asia Barat yang terus memulihkan minat terhadap aset berisiko.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.0245/0320 berbanding dolar AS daripada 4.0295/0350 pada akhir urus niaga Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata laporan media menunjukkan AS, Iran dan pihak perantara sedang merangka pelan gencatan senjata selama 45 hari yang berpotensi membuka semula Selat Hormuz.

“Butirannya masih kabur, namun itulah berita yang melonjakkan sentimen optimis di pasaran kewangan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata data Laporan Penggajian Bukan Perladangan bagi Mac menunjukkan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan awal sebanyak 178,000, namun kekal tidak menentu susulan semakan penguncupan Februari daripada 92,000 kepada 133,000.

“Kadar penyertaan tenaga kerja (LFPR) AS turun bagi bulan keempat berturut-turut kepada 61.9 peratus, sekali gus menunjukkan semakin kurang rakyat AS menyertai pasaran guna tenaga selain memberi isyarat kemungkinan trend lemah sedemikian dapat mendorong Rizab Persekutuan melonggarkan dasar monetari pada akhir tahun ini,” katanya.

Pada akhir urus niaga, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama. Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5241/5290 daripada 2.5247/5285, meningkat berbanding euro kepada 4.6483/6570 daripada 4.6513/6576 serta naik berbanding pound Britain kepada 5.3305/3404 daripada 5.3326/3399 pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1346/1407 daripada 3.1341/1389, rendah berbanding peso Filipina kepada 6.70/6.72 daripada 6.68/6.71 serta turun berbanding baht Thailand kepada 12.3831/4138 daripada 12.3585/3841 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 236.2/236.8 daripada 237.4/237.9 minggu lalu.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
November 2, 2026· Isu semasa
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
November 1, 2026· Politik
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026· Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
3 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
3 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
6 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
9 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok