Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS seiring kenaikan mata wang serantau: Laporan

November 21, 2025 · Isu semasa

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring kenaikan beberapa mata wang serantau walaupun laporan gaji bukan pertanian AS untuk September lebih kukuh daripada jangkaan.

Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.1460/1495 berbanding dolar AS daripada 4.1565/1645 ketika ditutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengukuhan ringgit seiring dengan mata wang lain seperti euro, pound Britain, dolar Singapura, baht Thailand dan rupiah Indonesia.

“Laporan terkini gaji bukan pertanian AS menunjukkan 119,000 pekerjaan diwujudkan pada September sekali gus melebihi unjuran.

“Mungkin data tersebut agak ketinggalan dan oleh itu, Ahli-ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan harus bergantung kepada prestasi November,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit sedikit melemah berbanding yen kepada 2.6453/6479 daripada 2.6446/6498 ketika ditutup pada Khamis tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.7779/7819 daripada 4.7916/8008 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4143/4188 daripada 5.4367/4472 sebelumnya.

Ringgit juga menunjukkan prestasi yang kebanyakannya lebih baik berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1695/1724 daripada 3.1809/1873 pada Khamis, naik sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.7601/7759 daripada 12.8093/8395 ketika ditutup semalam dan berkembang berbanding rupiah Indonesia kepada 248.0/248.3 daripada 248.3/248.9 sebelumnya.

Namun, ia kekal pada paras yang sama berbanding peso Filipina pada 7.04/7.05. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
September 9, 2026· Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi, cecah RM4.04 berbanding dolar
August 20, 2026· Isu semasa
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
August 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok