Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar, krisis di Selat Hormuz kembali reda

March 17, 2026 · Isu semasa

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa selepas kebimbangan terhadap gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz mula reda, sekali gus mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 3.9155/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9260/9310 ketika ditutup pada Isnin.

Penganalisis berkata sentimen pasaran bertambah baik selepas laporan menunjukkan beberapa kapal berjaya melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lalu, walaupun laluan strategik itu sebelum ini dilaporkan hampir ditutup sepenuhnya susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata perkembangan tersebut membantu meredakan kebimbangan pelabur terhadap gangguan bekalan tenaga global.

“Laluan perkapalan penting itu menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila beberapa kapal utama berjaya melalui Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya menurut laporan dipetik Bernama.

Beliau berkata sebuah kapal Pakistan jenis Aframax dilaporkan melepasi selat berkenaan dan sedang menuju ke Karachi, manakala pergerakan kapal berkaitan Iran turut meningkat ketara.

“Kira-kira 12 kapal melalui kawasan itu dalam tempoh 24 jam termasuk sebuah kapal pengangkut minyak mentah berskala besar yang menuju ke China. Perubahan ini mengurangkan tekanan panik terhadap dolar AS dan memberi sedikit kelegaan kepada mata wang serantau,” katanya.

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dunia, dengan kira-kira satu perlima bekalan minyak global melalui kawasan tersebut setiap hari.

Sebarang gangguan di laluan ini biasanya mendorong pelabur beralih kepada aset selamat seperti dolar AS.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal berdaya tahan walaupun kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas masih berlarutan susulan konflik di Asia Barat.

Menurutnya, pasaran turut memberi perhatian kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) selama dua hari yang bermula hari ini.

“Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan kadar dana persekutuan dikekalkan pada paras 3.75 peratus,” katanya.

Beliau menambah bahawa beberapa petunjuk ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda kelembapan, termasuk data pembayaran gaji bukan ladang yang susut sebanyak 92,000 pekerjaan pada Februari manakala kadar pengangguran meningkat kepada 4.4 peratus.

“Ini memberi gambaran bahawa pasaran buruh AS mula menunjukkan aliran yang lebih perlahan,” katanya.

Pada akhir dagangan, ringgit turut mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang utama lain tetapi kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang negara ASEAN.

Berita berkaitan
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
August 10, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026· Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026· Isu semasa
SPRM siasat rumah mewah RM53 juta dibeli di AS didakwa ada kaitan dengan Rosmah
July 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok