RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’

August 16, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tujuh pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengalami kerugian 100 peratus dengan nilai keseluruhan mencecah RM2.581 bilion.

Menurutnya, perkara itu didedahkan menerusi jawapan bertulis Menteri Kewangan di Dewan Rakyat berhubung pelaburan TH yang mengalami kerugian penuh.

“Baru dapat jawapan bertulis dari menteri berkenaan tujuh pelaburan Lembaga Tabung Haji yang rugi 100 peratus. Paling teruk pelaburan Al-Rawda Real Estates (Al-Rawda). Kalau baca, memang naik darah,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Syed Saddiq berkata, pelaburan dalam Al-Rawda mencatat kerugian terbesar sebanyak RM1.864 bilion.

Beliau turut mendakwa lebih RM1.5 bilion dibayar sebagai pendahuluan kepada Al-Rawda yang berperanan sebagai pihak perantara dalam pelaburan berkenaan.

“Tiada jaminan bank. Due diligence hancur. Perlindungan TH cuma nota janji yang dijamin secara peribadi,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan manfaat pelaburan itu kepada jemaah haji, terutama kemudahan penginapan yang dirancang.

Katanya, kutipan sewa daripada pelaburan berkenaan juga terhenti selama bertahun-tahun, sedangkan jumlah besar sudah dibelanjakan.

“Manfaat penginapan untuk jemaah pula tidak diterima seperti dirancang. Kutipan sewa terhenti bertahun-tahun.

“Berbilion ringgit telah dibayar, namun tiada hasil yang dapat ditunjukkan. Pelik bin ajaib,” katanya.

Selain Al-Rawda, enam pelaburan lain yang mengalami kerugian 100 peratus ialah Trurich Resources Sdn Bhd bernilai RM364.31 juta, Putrajaya Perdana Berhad (RM193.49 juta), Al-Fareeda Residential Fund (RM82 juta), Abraj Sdn Bhd (RM40.23 juta), Emrail Sdn Bhd (RM19.30 juta) dan Wellspring Worldwide Ltd (RM18 juta).

Sebelum ini, Menteri Kewangan II ketika penggulungan perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH di Dewan Rakyat memaklumkan tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah TH mengalami kerugian 100 peratus.

Beliau turut memaklumkan TH menanggung kerugian hampir RM13 bilion susulan 14 pelaburan bermasalah yang dikaitkan dengan salah laku kewangan dan pelaburan.

Berita berkaitan
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
24 jam lalu· Politik
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
September 12, 2026· Politik
‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar
September 11, 2026· Politik
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM semak kekayaan anak Azeez
September 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
6 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok