Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet semasa rundingan gencatan senjata pada Julai lepas.
Berkuatkuasa serta merta mulai pukul 12 tengah malam waktu tempatan (24.00) pada 28 Julai 2025, Thailand dan Kemboja bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.
Kedua-dua negara bertelagah itu mencapai persetujuan selepas rundingan yang diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencapai kata sepakat untuk mengambil langkah mengurangkan ketegangan dan mengembalikan kemanan dan keselamatan kedua-dua belah pilhak.
Menurut kenyataan bersama Malaysia, mesyuarat tidak rasmi pemerintah tentera serantau antara Thailand dan Kemboja akan berjalan pada jam 7 pagi 29 Julai diikuti mesyuarat attache pertahanan yang diketuai Pengerusi Asean, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.
Ia diikuti Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am diadakan pada 4 Ogos ini dengan Kemboja sebagai tuan rumah.
“Sebagai pengerusi Asean, Malaysia sedia untuk menyelaras sebuah pasukan pemerhati untuk mengesah dan memastikan pelaksanaannya,” katanya.
Menurutnya, Malaysia juga berunding dengan anggota Asean untuk menyertai usaha pemantau, mencerminkan komitmen serantau untuk menyokong keamanan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan berikutan mesyuarat khas yang dipengerusikan, dihos dan disaksikan Anwar di Putrajaya.
Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu.
Turut hadir ialah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati.
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum