Saarani: Kerajaan BN-PH Perak kekal hingga DUN bubar, tidak berlaku seperti di Melaka

July 16, 2026 · Politik

Kerajaan Perpaduan di Perak yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan terus mentadbir negeri sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, kata Saarani Mohamad.

Menurut Menteri Besar Perak, komitmen itu dipersetujui bersama semua barisan Exco negeri bagi memastikan pentadbiran kerajaan berjalan lancar serta kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

“Semalam sebelum mesyuarat Exco, saya duduk bersama semua Exco dan bertanya secara terus terang sama ada apa yang berlaku di Melaka akan berlaku di Perak.

“Setakat ini tidak berlaku. Kita berikrar sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga pembubaran DUN, kita akan terus berfungsi dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa,” katanya selepas merasmikan Halaman Suri Sejahtera Negeri Perak di Taman Lapangan Terbang hari ini.

Saarani mengulas perkembangan politik di Melaka selepas DAP mengumumkan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri serta melepaskan semua jawatan dalam kerajaan, termasuk jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat susulan kelulusan Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan Negeri Melaka yang membolehkan penambahan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Mengulas kerjasama politik di Perak, Saarani yang juga Pengerusi BN Perak berkata, perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak menjejaskan pentadbiran negeri.

“Ada orang suara kuat, ada orang suara perlahan. Ada orang suara kuat tetapi hatinya baik. Pelbagai pendekatan dalam politik adalah perkara biasa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membiarkan perbezaan politik merosakkan hubungan sesama manusia atau mengganggu keharmonian dalam kerajaan.

“Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam politik tiada musuh atau sahabat yang kekal.

“Tetapi seeloknya kita jangan saling luka-melukai. Berbeza pendapat itu baik, namun jangan sampai mengutuk, mencerca atau memutuskan silaturahim,” katanya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022, BN dan PH mencapai persetujuan membentuk Kerajaan Perpaduan di Perak apabila gabungan kedua-dua parti menguasai 39 daripada 59 kerusi DUN.

PH memenangi 24 kerusi, BN sembilan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.

Kerjasama itu membolehkan Saarani dilantik semula sebagai Menteri Besar dan sehingga kini pentadbiran negeri terus dikekalkan menerusi gabungan BN-PH meskipun landskap politik negara menyaksikan beberapa perubahan di negeri lain.

Berita berkaitan
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
July 29, 2026· Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
6 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
8 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
July 29, 2026 · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
July 29, 2026 · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
6 jam lalu · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
9 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok