Sabah dan Sarawak menerima peruntukan tertinggi dalam Belanajwan 2026 dibentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bilangan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak akan ditambah, menandakan satu langkah bersejarah dalam memenuhi semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan MA63 memandangkan kedua-dua negeri tersebut telah memohon pertimbangan untuk penambahan itu.
“Buat kali pertama sejak 1963, kita sebagai Perdana Menteri mengumumkan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak akan ditambah,” jelas Anwar semasa berucap pada Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi di Tawau malam tadi.
Dalam perkembangan lain, Anwar memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah perlu dibubarkan selewat-lewatnya pada 11 November ini.
Beliau menekankan kepentingan perpaduan dan mengelakkan sebarang permusuhan yang boleh menggugat kestabilan.
“Kita pilih pemimpin dari Sabah dan Semenanjung yang baik. Kita wujudkan kerajaan negeri dan Persekutuan yang baik untuk menjaga kepentingan semua, inilah yang penting,” ujarnya.
Anwar turut menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) penting bagi membolehkan rakyat memilih wakil yang akan menyuarakan aspirasi mereka.
Sementara itu, beliau sekali lagi menekankan komitmen kerajaan pusat terhadap pembangunan Sabah dengan mendedahkan negeri itu menerima peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Sebagai contoh, Anwar memberitahu, beliau telah melihat sendiri kesan banjir di sebuah sekolah di Kota Kinabalu dan keperluan untuk kerja-kerja tebatan banjir bernilai RM39 juta.
“Hari Isnin ini, saya akan hadir mesyuarat dan luluskan peruntukan RM39 juta itu. Ini cara kita membantu,” katanya.
Dalam Belanjawan 2025, Sabah telah diperuntukkan RM6.7 bilion untuk pembangunan, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong