Salah guna kuasa cabaran utama dihadapi negara: Anwar

June 21, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan cabaran terbesar yang dihadapi Malaysia ketika ini bukan berpunca daripada perbezaan kaum atau etnik, sebaliknya akibat perbuatan segelintir pihak yang menyalahgunakan kuasa dan mengabaikan amanah yang diberikan.

Menurut beliau, rakyat pelbagai kaum perlu terus mempertahankan perpaduan serta menolak sebarang usaha yang cuba menyemai kebencian dan perpecahan dalam masyarakat.

“Kepelbagaian kaum di Malaysia yang merangkumi Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban dan Kadazan adalah satu kekuatan mutlak. Masalah kita bukan isu kaum tetapi salah guna kuasa. Apakah kita mahu perkara ini diteruskan?” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia malam tadi.

Anwar berkata, terdapat segelintir pemimpin yang gemar memainkan sentimen perkauman bagi meraih sokongan politik, sedangkan realitinya rakyat daripada pelbagai latar belakang mampu hidup secara harmoni dan bekerjasama untuk membangunkan negara.

Beliau menegaskan masyarakat perlu menolak budaya kebencian dan sebaliknya memperkukuhkan semangat kebersamaan demi masa depan negara yang lebih baik.

“Kita mesti tunjukkan bahawa kita mempunyai kekuatan untuk membawa perubahan ke arah kebaikan. Perjuangan, usaha dan ikhtiar kita untuk masa depan anak-anak dan negara mesti diteruskan,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengingatkan pemimpin agar sentiasa jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

“Kalau nak jaga negara, nak bentuk masa depan negara, nak bela nasib rakyat, bekerjalah dengan ikhlas, jangan curi, bukan asyik nak minta komisen. Inilah yang menjahanamkan negara, tetapi perkara ini tidak selalu diceritakan,” katanya.

Beliau menambah, negara memerlukan lebih ramai pemimpin yang berintegriti dan bersedia bekerjasama merentasi perbezaan demi menjaga kebajikan rakyat serta memakmurkan negara.

Anwar turut menyeru golongan muda agar terus memainkan peranan aktif dalam membawa perubahan positif dan menjayakan agenda reformasi negara.

dir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, Pengasas PLG, Abdullah Ghani Kassim dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA (Direct Solutions), Mohd Efendi Omar.

Berita berkaitan
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
6 jam lalu· Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
17 jam lalu· Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
June 22, 2026· Politik
Malaysia-Bangladesh sepakat luas kerjasama pertahanan, pendidikan
June 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
10 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
10 jam lalu · Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
13 jam lalu · Isu semasa
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok