Saluran Edisi Siasat tidak boleh diakses dalam Telegram

June 19, 2025 · Isu semasa

Telegram bertindak menurunkan dan menyekat akses saluran Edisi Siasat hari ini dan ia tidak boleh lagi dilayari oleh orang ramai.

Semakan oleh pengamal media mendapati saluran yang mempunyai hampir 1.18 juta ahli itu tidak lagi dapat dilihat.

Mesej yang tertera pada saluran itu menyatakan: “Saluran ini tidak dapat dipaparkan kerana telah melanggar undang-undang tempatan (Malaysia)”.

Terdahulu hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sudah memfailkan tuntutan sivil terhadap dua saluran Telegram, “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”, kerana menyebarkan kandungan berbahaya dan bersifat hasutan.

Dalam satu kenyataan, badan itu berkata kedua-dua saluran itu didapati melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan kandungan yang dikongsi oleh saluran tersebut boleh menjejaskan ketenteraman awam serta menghakis kepercayaan masyarakat terhadap institusi negara.

Menurut MCMC, Telegram sebagai penyedia Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) atau ASP(C) gagal menangani aduan yang dikemukakan terhadap kandungan tersebut walaupun rundingan dan permintaan kerjasama telah dilakukan berulang kali.

Dalam perkembangan sama, MCMC juga berkata mereka berjaya mendapatkan perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi untuk menghentikan penyebaran kandungan berkenaan serta menghalang sebarang penerbitan semula kandungan serupa di masa akan datang.

“Tindakan ini merupakan langkah terakhir bagi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam dilindungi,” jelas kenyataan itu.

MCMC turut memaklumkan bahawa pihak Telegram akan diberikan ruang yang adil untuk membela diri di mahkamah, selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

Berita berkaitan
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
16 jam lalu· Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
20 jam lalu· Isu semasa
Parlimen: NSRC selamatkan jutaan ringgit wang mangsa scam
October 22, 2026· Isu semasa
MCMC siasat akaun FB Chegubard hina institusi diraja, telefon bimbit dirampas
October 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
12 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
18 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
20 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
20 jam lalu · Isu semasa
TuJu akan ditambah baik, kerajaan ambil maklum aduan pengguna: Gobind
October 22, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok