Saman fitnah: Papagomo gagal tangguh bayaran RM280,000 kepada Guan Eng

September 17, 2026 · Politik

Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, kekal diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada Lim Guan Eng dan anak lelakinya, Clint Lim Way Chau dalam kes saman fitnah berkaitan dakwaan membawa wang tunai RM2 juta ke Singapura tanpa pengisytiharan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Roslan Mat Nor menolak permohonan Wan Muhammad Azri, 43, untuk menggantung pelaksanaan penghakiman yang sebelum ini memerintahkannya membayar ganti rugi kepada kedua-dua plaintif.

Peguam yang mewakili Guan Eng dan Clint, Simon Murali berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti afidavit yang dikemukakan kedua-dua pihak.

“Mahkamah mendapati defendan tidak dapat menunjukkan keadaan istimewa untuk mahkamah menggunakan budi bicara bagi menangguhkan pelaksanaan perintah yang sudah diberikan pada 19 Mei lalu.

“Berikutan itu, hakim memberitahu permohonan pihak defendan ditolak dengan kos RM5,000,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Menurut Simon, mahkamah turut mendapati alasan Wan Muhammad Azri mungkin berdepan tindakan pelaksanaan, termasuk prosiding kebankrapan sekiranya penangguhan tidak diberikan, tidak mencukupi untuk menyokong permohonan berkenaan.

Defendan turut berhujah plaintif mungkin tidak berupaya mengembalikan jumlah ganti rugi sekiranya beliau berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan tiada sebarang keterangan dalam afidavit yang menunjukkan fakta-fakta tersebut bagi membantu mahkamah mempertimbangkannya,” katanya.

Dalam prosiding itu, kedua-dua pihak tidak hadir dan diwakili peguam masing-masing. Wan Muhammad Azri diwakili Fazilah Jaafar.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar RM200,000 kepada Guan Eng dan RM80,000 kepada Clint selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan mereka.

Saman itu difailkan pada 19 April 2020 susulan hantaran di Facebook menggunakan nama ‘Papa Azri’ yang mendakwa Clint ditahan di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 29 Februari 2020 kerana membawa wang tunai RM2 juta.

Guan Eng turut mendakwa hantaran berkenaan memberi gambaran beliau pergi ke Singapura selepas anaknya ditahan di lapangan terbang tersebut.

Kes asalnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Mac 2021.

Perbicaraan kes itu sebelum ini didengar Pesuruhjaya Kehakiman, mendiang Eddie Yeo Soon Chye pada 2024. Beliau meninggal dunia pada Februari tahun lalu.

Kes kemudiannya dikendalikan Roslan selepas kedua-dua pihak bersetuju keputusan dibuat berdasarkan nota prosiding sedia ada.

Berita berkaitan
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
2 jam lalu· Isu semasa
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
23 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
24 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
5 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
5 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
5 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
5 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok