Sekatan jalan raya dipergiat kekang pemandu mabuk

April 9, 2026 · Isu semasa

Polis akan memperhebat sekatan jalan raya serta melaksanakan ujian saringan rawak bagi membendung kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah yang menunjukkan peningkatan tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Muhammed Hasbullah Ali berkata, sebanyak 31 kes kemalangan maut direkodkan, meningkat berbanding 27 kes pada 2024.

Menurut beliau, walaupun peningkatan itu tidak terlalu besar, implikasinya amat serius kerana melibatkan kehilangan nyawa.

“Setiap kes membabitkan pemandu mabuk atau khayal dadah adalah tragedi yang boleh dielakkan, namun sikap segelintir individu yang memandang ringan kesalahan ini menyebabkan ia terus berlaku,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menegaskan, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi untuk menangani isu tersebut.

Sebaliknya, pendekatan lebih menyeluruh diperlukan termasuk usaha membentuk kesedaran, tanggungjawab dan nilai moral dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Penyelesaian paling berkesan perlu bermula dari peringkat akar umbi dengan membina disiplin diri yang tinggi,” katanya.

Pada masa sama, Muhammed Hasbullah menjelaskan operasi sekatan jalan raya dan ujian saringan rawak terbukti berkesan bukan sahaja untuk mengesan pesalah, malah memberi kesan pencegahan psikologi kepada pengguna jalan raya.

“Kehadiran anggota penguat kuasa secara konsisten, khususnya pada waktu malam dan hujung minggu, mampu meningkatkan pematuhan undang-undang,” katanya lagi.

Dari sudut siasatan, beliau memaklumkan tiada kekangan besar dihadapi, manakala kerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara membantu memastikan setiap kes dibawa ke muka pengadilan dengan lebih lancar.

Isu pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah telah lama menjadi antara punca utama kemalangan maut di negara ini, khususnya di kawasan bandar dan lebuh raya.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan, kes seumpama ini masih berulang saban tahun.

Sehubungan itu, pihak polis akan mempergiat operasi khas bersepadu bersama agensi lain serta memperkukuh kerjasama dengan media dan pertubuhan bukan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran awam.

“Semua usaha ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terpelihara dan insiden kehilangan nyawa dapat diminimumkan,” katanya.

Berita berkaitan
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
17 jam lalu· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026· Politik
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
14 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
16 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
17 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok