Senarai calon BN Johor yang tular adalah palsu: Onn Hafiz

June 3, 2026 · Politik

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menafikan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Beliau berkata senarai berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan menerusi saluran rasmi parti.

Menurut Onn Hafiz, semua pihak termasuk parti politik, pemimpin dan penyokong perlu mengamalkan politik matang serta bertanggungjawab sepanjang musim pilihan raya bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Marilah kita berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab. Jangan benarkan berita palsu memudaratkan keharmonian, kestabilan serta proses demokrasi di negeri Johor yang kita cintai,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, terutama dalam suasana politik yang semakin hangat menjelang PRN.

Katanya, rakyat perlu mengamalkan sikap tabayyun dengan menyemak fakta daripada sumber rasmi sebelum menerima sesuatu berita.

“Dalam bahang pilihan raya, pelbagai bentuk fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu boleh dimainkan pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Terdahulu, media sosial dibanjiri satu senarai yang didakwa memaparkan calon BN bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, termasuk nama Onn Hafiz sendiri sebagai calon di DUN Machap.

Johor memasuki fasa pilihan raya selepas DUN negeri itu dibubarkan pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN Johor ke-16.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
15 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
17 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
17 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
21 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok