Sertai pemilihan PKR, Parti Amanah sahkan pecat 58 ahli

May 23, 2025 · Politik

Parti Amanah mengambil tindakan memecat 58 ahlinya atas penglibatan dalam pemilihan PKR baru-baru ini, sementara 51 ahli lagi telah diberikan surat tunjuk sebab kerana disyaki turut terlibat.

Tindakan pemecatan itu disahkan Setiausaha Agungnya, Faiz Fadzil yang berkata kesemua 109 ahli tersebut ada kaitan dengan pemilihan PKR, dengan 58 daripadanya telah menyertai parti itu secara rasmi dan turut bertanding dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Baki 51 ahli lagi sedang disiasat atas dakwaan penglibatan mereka.

“Kegagalan menjawab surat itu juga boleh menyebabkan mereka dipecat,” katanya merujuk kepada 51 ahli tersebut.

“Ada pelbagai sebab untuk surat tunjuk sebab, tetapi kebanyakannya (berkaitan dengan penglibatan dalam) pemilihan PKR,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Dalam satu kenyataan susulan tindakan disiplin tersebut, Faiz memberikan peringatan tegas kepada ahli Amanah agar memelihara disiplin organisasi selaras dengan perlembagaan dan kod etika parti.

Pada minggu lalu, Faiz telah menasihatkan ahli Amanah agar tidak campur tangan dalam urusan PKR, terutamanya dengan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
4 jam lalu· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
October 24, 2026· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
3 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
4 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
18 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
18 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok