Shell beri komitmen tambah pelaburan, yakin hala tuju negara

June 18, 2025 · Isu semasa

Komitmen diberikan syarikat petroleum antarabangsa, Shell untuk menambah pelaburan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell, Wael Sawan memberi komitmen sekurang-kurangnya akan membuat pelaburan RM9 bilion di Malaysia semasa pertemuan dengan Perdana Menteri semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, penambahan pelaburan yang bakal dibuat Shell itu akan mencipta peluang-peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi.

Menurut Anwar, langkah Shell itu dilakukan kerana Sawan yakin terhadap arah tuju negara.

“Pelaburan ini adalah manifestasi keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar ekonomi kita yang teguh dan kepimpinan yang jelas.

“Insya-Allah, Malaysia mampu terus melakar masa depan yang makmur dan berdaya saing,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, pertemuan itu juga digunakan untuk beliau berkongsi pendekatan strategik Kerajaan MADANI dengan Sawan dan delegasinya.

Katanya, pendekatan strategik kerajaan itu juga usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil, mampan dan berdaya tahan bukan hanya untuk hari ini tetapi demi generasi mendatang.

“Shell bukan sekadar nama besar dalam dunia tenaga tetapi telah menjadi rakan pelaburan utama negara dan sebahagian daripada perjalanan ekonomi Malaysia sejak sekian lama,” katanya.

Berita berkaitan
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu· Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu· Isu semasa
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok