Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim memaklumkan siasatan berhubung video rasuah yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah masih belum ditutup atau dipadam, sekaligus menolak sebarang tanggapan bahawa kerajaan melindungi mana-mana pihak.
Perdana Menteri berkata juga sudah menonton rakaman video berkenaan dan berpendapat ia mempunyai asas yang kukuh untuk disiasat, namun perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Menurut pemberitahuan SPRM, kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
“Setakat ini, untuk kes jenayah, tiada ‘had masa’, jadi kita kena bersabar,” jelas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan di Dewan Rakyat.
Anwar juga memberitahu setakat ini seramai tiga individu sudah didakwa, ia sekaligus menafikan dakwaan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu kes rasuah di Sabah.
“Setakat ini tiga individu sudah didakwa, tetapi kita tidak lepaskan semua yang lain.
“Persoalan mengapa ada yang didakwa tiga, kerana mereka ada ‘kes yang meyakinkan’… tetapi yang lain, kes mereka tidak pernah dipadam atau ditutup,” ujarnya lagi.
Beliau mengulas soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status siasatan ke atas ADUN Sabah yang dikaitkan dalam video tular itu, terutamanya ada dalam kalangan mereka yang kini bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Anwar turut menegaskan tidak akan mencampuri urusan siasatan dengan mengarahkan pendakwaan hanya berasaskan video yang tular.
“Saya tidak mahu mengarahkan. Mesti dakwa berdasarkan bukti… saya tak boleh buat begitu. Ini yang kadang-kadang diputar balik kenyataan saya,” ujarnya.
Penegasan PM itu jelas memaklumkan siasatan masih aktif dan menunggu proses undang-undang yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri