Siasatan kes Zara Qairina akan dijalankan secara telus, tiada kompromi: PMX

August 9, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kematian pelajar sekolah Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa sebarang kompromi.

Dalam ucapannya di Program Rancakkan Madani Kelantan di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM hari ini, Anwar menegaskan bahawa kes berkenaan tidak boleh dipandang ringan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan tragedi ini sebagai bahan permainan politik atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah.

“Kita tidak memandang ringan kes ini dan arahan kita jelas – tiada tolak ansur. Ada pelbagai cerita yang disebarkan, ada yang kata melibatkan anak TYT, menteri dan sebagainya. Itu semua cuma cerita, saya tidak peduli, tetapi jangan sampai menfitnah,” tegas Anwar.

Beliau mengingatkan semua pihak dengan peribahasa Melayu ‘jangan bina istana di atas pusara orang’ sambil menekankan bahawa kematian seseorang, tidak kira anak orang miskin atau kaya, bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan mainan.

“Jika sekiranya keluarga saya sendiri yang terlibat, sudah tentu saya juga ingin mengetahui punca sebenar kejadian. Saya telah mengarahkan Ketua Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, M Kumar) untuk memantau sendiri siasatan ini agar tidak timbul sebarang masalah. Ini adalah Kerajaan Madani, kami tidak akan melindungi sesiapa yang bersalah,” jelas Anwar.

Anwar menyatakan bahawa beliau langsung tidak bimbang sekiranya terdapat sebarang maklumat baru yang terdedah selepas proses bedah siasat jenazah pelajar berusia 13 tahun itu dijalankan.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan penggalian semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. Tindakan ini diambil selepas AGC meneliti laporan siasatan awal yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berpendapat perlu dilakukan siasatan lebih menyeluruh.

Langkah tersebut bertujuan memastikan PDRM dapat mengumpul maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan berhubung kes kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar itu.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lepas dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu keesokan harinya.

AGC dalam kenyataannya semalam menegaskan bahawa siasatan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan semua aspek kes ini disiasat sepenuhnya mengikut lunas undang-undang.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu· Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
9 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
16 jam lalu · Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
17 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: RM510 bilion untuk rakyat dan masa depan ekonomi
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok