Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli mendedahkan kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan dakwaan penyelewengan melibatkan pelaburan kira-kira RM1.11 bilion.
Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan situasi itu seperti filem The Empire Strikes Back bagi menggambarkan tekanan yang diterimanya dan menafikan menerima sebarang imbuhan berkaitan perjanjian antara Malaysia dan syarikat reka bentuk semikonduktor United Kingdom, Arm Holdings, bagi pembangunan cip tempatan.
“Koreklah semua. Makan tengah hari atau cenderahati pun aku tak dapat, apatah lagi komisen. Saya masih miskin macam sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di hantaran media sosial.
Beliau turut menyatakansudah lama berdepan siasatan pihak berkuasa sejak isu 1MDB, sambil menegaskan keyakinannya tidak melakukan kesalahan.
Isu ini timbul di tengah ketegangan politik susulan kritikannya terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkaitan kontroversi saham yang pernah dilaporkan oleh Bloomberg.
Rafizi sebelum ini menggesa Azam digantung tugas, sekali gus menambah ketegangan dengan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Latar belakang menunjukkan Rafizi pernah disiasat pada 2022 selepas pengisytiharan aset mendedahkan pemilikan saham dalam syarikatnya, Invoke Solutions, yang membawa kepada serbuan SPRM ke pejabat syarikat itu.
Menurut laporan Bernama, SPRM memaklumkan mereka akan menilai laporan termasuk kemungkinan rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.
Siasatan awal akan melibatkan penelitian dokumen dan bukti sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Sumber turut mendakwa terdapat keraguan terhadap proses rundingan projek, termasuk kemungkinan ia tidak melibatkan sepenuhnya agensi utama seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri.
Setakat ini, tiada individu dinamakan secara rasmi dalam siasatan tersebut.
Kes ini dijangka terus menjadi tumpuan memandangkan ia melibatkan jumlah pelaburan besar serta implikasi kepada industri teknologi negara.
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar