Kerajaan Negeri Sembilan.
Spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terus menjadi perhatian apabila sidang media Menteri Besar, Aminuddin Harun yang dijadual berlangsung di Wisma Negeri tengah hari tadi dibatalkan pada saat akhir.
Pembatalan itu mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan pengamal media yang sejak pagi berkumpul bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan khabar angin pembubaran DUN negeri tersebut.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah berkata, sidang media yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari terpaksa ditangguhkan kerana Aminuddin mempunyai urusan rasmi lain.
“Sidang media Menteri Besar yang dijadualkan pada jam 1.30 petang ini ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Menteri Besar mempunyai urusan penting,” katanya dipetik laporan media.
Menurut beliau, Aminuddin sebelum itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang berlangsung kira-kira satu setengah jam bermula jam 11 pagi.
Terdahulu, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban selama lebih sejam.
Turut mengiringi beliau ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad.
Walaupun sesi menghadap Menteri Besar kepada Tuanku Muhriz merupakan amalan biasa pentadbiran negeri, pertemuan kali ini menarik perhatian ramai kerana berlaku ketika spekulasi pembubaran DUN semakin hangat diperkatakan.
Desas-desus itu turut diperkukuh selepas Aminuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan PH Negeri Sembilan di kediaman rasmi Menteri Besar semalam.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri