Sikap angkuh UMNO punca gagalnya penyatuan Melayu, dakwa pemimpin PAS

September 22, 2025 · Politik

Kegagalan penyatuan tiga parti Melayu-Islam utama negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) didakwa berpunca daripada sikap angkuh yang ditunjukkan oleh UMNO, kata Dr. Azman Ibrahim.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, pelbagai usaha dilakukan sehingga saat-saat akhir sebelum PRU-15 untuk menyatukan UMNO, PAS, dan Bersatu bagi mengelakkan pertembungan yang boleh merugikan orang Melayu, namun ia tidak berhasil.

Beliau mendakwa, UMNO pada masa itu bersikap keras dan ingin kekal sebagai ‘abang besar’ dengan meletakkan syarat kepada PAS sama ada untuk memilih mereka atau Bersatu.

“UMNO ketika itu juga telah menyiapkan pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS dengan meninggalkan Bersatu,” ujarnya melalui satu hantaran di Facebook semalam.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabil itu berkata PAS tidak boleh mengkhianati persepakatan yang telah sedia wujud dalam Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu hanya untuk memenuhi syarat UMNO.

“Apabila telah wujud persepakatan dalam PN bersama Bersatu dan parti-parti lain, maka PAS tak akan mengkhianati persepakatan yang sedia ada demi untuk memenuhi syarat UMNO,” tegas Azman.

Beliau turut mengingatkan bagaimana keputusan PRU-15 menyaksikan UMNO menjadi parti Melayu yang memperoleh bilangan kerusi paling sedikit berbanding PAS dan Bersatu.

Azman juga menyentuh mengenai penubuhan kerajaan di Perak dan Pahang, di mana PAS sebagai parti dengan kerusi paling banyak mengajak UMNO bekerjasama, tetapi sekali lagi ditolak.

“UMNO sekali lagi menolak dan lebih memilih bersama Pakatan Harapan (PH),” jelasnya.

Mengenai kenyataan terkini yang mengkritik PAS meninggalkan Muafakat Nasional (MN) demi mendapatkan dana daripada Bersatu, Azman dengan tegas menolaknya sambil menyindir individu yang digelarnya sebagai ‘ahli politik nomad’ yang berpindah-randah untuk mendapatkan kerusi tetapi tetap kalah.

Berita berkaitan
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
July 20, 2026· Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu· Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu· Politik
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
10 jam lalu · Politik
Polis buka dua siasatan kes rosak bahan kempen PRN Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
PM ucap tahniah kepada Nur Jazlan dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara: Bernama
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok