Spekulasi ganti tempat Zafrul, AMK Selangor gesa Amirudin dikekalkan sebagai MB

November 17, 2025 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyanggah spekulasi yang mendakwa Menteri Besar, Amirudin Shari mungkin akan menggantikan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq, menegaskan rekod pencapaian dan kredibiliti Amirudin membuktikan beliau adalah sosok paling layak untuk terus menerajui kepimpinan negeri Selangor pada masa ini.

“AMK Selangor menolak laporan portal MalaysiaKini dan Ekonomi Rakyat mengenai kemungkinan perubahan pucuk pimpinan di Selangor dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Iman Haziq berkata Amirudin telah membuktikan keupayaannya memimpin Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia melalui pentadbiran yang cekap, berintegriti, serta inisiatif jangka panjang yang berpaksikan rakyat.

“AMK Selangor menegaskan bahawa kedudukan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan memandangkan rekod kepimpinannya berjaya mengekalkan kestabilan pentadbiran negeri,” jelas beliau.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil kesempatan mencari publisiti murahan dengan melontarkan andaian yang tidak berasas.

“Isu perbincangan kepimpinan negeri sepatutnya melalui saluran dalaman parti serta mengutamakan disiplin organisasi,” tegasnya lagi.

Spekulasi tersebut didakwa bukan sahaja mengganggu tumpuan kerajaan negeri terhadap agenda pembangunan, malah berpotensi menjejaskan keyakinan pelabur serta kestabilan politik negeri.

Laporan media semalam mendakwa Amirudin mungkin diangkat ke Kabinet berikutan pengalamannya memimpin negeri yang menjadi destinasi utama pelaburan asing, dengan spekulasi tambahan mengenai penggantinya di kerusi Menteri Besar.

Berita berkaitan
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
4 jam lalu· Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu· Politik
Dua penggal pentadbiran Aminuddin Harun: Rekod yang sukar dinafikan
13 jam lalu· Rencana
AMK persoal pendirian UMNO bersama PAS, gesa lepaskan jawatan
July 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
2 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
8 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
11 jam lalu · Politik
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok