Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebanyak 464 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah terjual menjelang hari penamaan calon yang berlangsung esok.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun berkata, sehingga jam 9 malam semalam, seramai 70 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit daripada keseluruhan 464 individu yang membeli borang pencalonan.
Beliau menggalakkan semua calon membuat bayaran deposit lebih awal bagi mengelakkan kesesakan serta kelewatan pada pagi hari penamaan calon.
“Semua calon digalak menjelaskan bayaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan. Mereka masih boleh membuat bayaran sehingga pukul 10 pagi esok, namun langkah awal akan melancarkan urusan penamaan calon,” katanya selepas meninjau persiapan di Pusat Penamaan Calon hari ini.
Menurut Ramlan, segala persiapan bagi proses penamaan calon melibatkan 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan berjalan lancar dengan seramai 761 petugas SPR ditugaskan di semua pusat penamaan calon.
“Proses penamaan calon akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi. Calon masih boleh membuat bayaran deposit sehingga tempoh itu berakhir,” katanya.
PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada rakyat memilih kerajaan negeri untuk penggal akan datang.
Hari penamaan calon menjadi permulaan rasmi kempen pilihan raya sebelum pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian.
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS