Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menafikan sebarang kaitan dengan sebuah poster yang tular di media sosial memaparkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, dalam satu kenyataan berkata poster tersebut adalah tidak sahih dan palsu.
Beliau memberi amaran penyebaran maklumat palsu itu adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
“Sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi telah dibuat oleh SPR berkenaan pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting bagi PRN tersebut,” tegas Khairul Shahril dipetik laporan media.
Beliau menjelaskan sebarang maklumat rasmi berkenaan pilihan raya, termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi, hanya akan disampaikan secara rasmi melalui saluran-saluran yang dilantik oleh SPR.
“Maklumat hanya disiarkan melalui laman portal rasmi SPR, sidang media dan kenyataan media,” tambahnya.
SPR turut mengingatkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang berkaitan.
Orang ramai diseru agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih.
Dewan Undangan Negeri Sabah penggal ke-16 dijangka akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
Tarikh tersebut merupakan hari akhir mandat dewan undangan negeri semasa, sekaligus membuka laluan untuk pilihan raya negeri yang ke-17 diadakan.
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum