Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang ditubuhkan tidak memberikan tumpuan khusus atau menyasarkan mana-mana parti politik serta calon tertentu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menangkis tanggapan wujudnya pemantauan luar biasa terhadap calon atau parti tertentu sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, menekankan sebarang dakwaan sedemikian adalah tidak benar dan menyarankan agar mana-mana pihak yang mempunyai kemusykilan untuk membuat aduan secara rasmi.
“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan disarankan membuat aduan secara rasmi kepada SPR atau pihak berkuasa berkaitan terhadap sebarang salah laku, kecurigaan atau sebarang aduan tentang ketidakpatuhan peraturan dan undang-undang pilihan raya,” katanya.
Khairul Shahril menambah, SPR sentiasa mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam PRN Sabah untuk mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan keamanan dan integriti pilihan raya dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Menurutnya, penubuhan PPKPR adalah berdasarkan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, dengan tujuan memantau dan mengawal aktiviti calon dari tempoh berkempen sehingga hari mengundi tamat.
Pasukan tersebut akan menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kempen dan menasihati semua pihak agar mematuhi undang-undang.
Kenyataan ini dikeluarkan berikutan laporan media baru-baru ini yang memetik seorang calon politik mendakwa seolah-oleh dia ‘dikekori’ oleh pegawai SPR dalam program kempen mereka.
Seramai 1,784,843 pengundi di Sabah akan mengundi pada 29 November ini, manakala undi awal telah dijalankan pada 25 November.
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen