SPRM kaji kos bawa pulang aset 1MDB: Laporan

December 22, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menilai keperluan logistik dan kos yang terlibat bagi membawa pulang aset bernilai tinggi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan aset berkenaan.

Menurut sumber, proses membawa pulang aset kini sedang berjalan dan melibatkan koordinasi rapi dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

“Aset yang berada di bawah jagaan Sotheby’s Auction House di Amerika Syarikat sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke Malaysia melalui penghantaran khas.

“Bagaimanapun, aset yang berada di bawah Christie’s hanya boleh diserahkan melalui perintah mahkamah di Amerika Syarikat, khususnya dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Sumber itu menjelaskan, kos pemulangan aset adalah tinggi kerana melibatkan keperluan penyimpanan khas, pemeriksaan berkala, rawatan konservasi serta penyelenggaraan berterusan.

“Semua ini memerlukan perancangan teliti dan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan antarabangsa,” katanya lagi.

Pemulangan aset berkenaan dipersetujui hasil perbincangan dua hala antara SPRM dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang berlangsung di Washington dan New York pada 9 dan 11 Disember lalu.

Difahamkan, sebanyak 12 lukisan bernilai tinggi yang dikaitkan dengan Jasmine Loo kini berada di bawah jagaan Christie’s dan Sotheby’s.

Antara karya terbabit ialah Pablo Picasso (1961) – L’Ecuyere et les clowns, Joan Miró (1953) – Composition, William H Bailey – Still Life, Alexander Calder – Studies for Sculpture dan Henri Matisse – Femme Assise, dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi AS$30 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata siasatan terhadap pelbagai kategori aset masih diteruskan merangkumi hartanah, aset kewangan dan aset bernilai tinggi di beberapa bidang kuasa.

“Siasatan terkini turut melibatkan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB, Tang Keng Chee atau Casey Tang, yang dikaitkan dengan pemilikan kediaman mewah di luar negara serta penyelewengan melibatkan firma guaman asing,” katanya.

 

Berita berkaitan
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
2 jam lalu· Isu semasa
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
5 jam lalu· Politik
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
23 jam lalu· Isu semasa
Kontroversi pemindahan gajah: NRES sedia beri kerjasama dalam siasatan SPRM
June 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
2 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
4 jam lalu · Isu semasa
Pemandu mabuk: Kerajaan teliti pampasan khas untuk mangsa kemalangan jalan raya
5 jam lalu · Isu semasa
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok