Dua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP, secara rasmi mengumumkan keputusan untuk bertanding secara solo menggunakan logo masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Dua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP, secara rasmi mengumumkan keputusan untuk bertanding secara solo menggunakan logo masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Tindakan ini secara automatik menamatkan keahlian mereka dalam GRS dan menyaksikan gabungan tersebut kini kekurangan dua rakan parti komponen walaupun sebelum ini membentuk kerajaan negeri bersama.
Perkara tersebut dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Hajiji Noor, dan dihadiri oleh semua presiden parti komponen.
Setiausaha Agung GRS, Masidi Manjun, dalam satu kenyataan, menjelaskan mana-mana parti yang memilih untuk bertanding dengan logo sendiri tidak lagi dianggap sebagai sebahagian daripada GRS.
Beliau memaklumkan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, dan Presiden SAPP, Yong Teck Lee, menyatakan keputusan mereka untuk tidak terikat dengan kuota agihan kerusi yang sedang dirundingkan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH).
“Ini bermakna STAR dan SAPP berkemungkinan akan meletakkan calon di kawasan DUN yang juga bakal ditandingi calon PH,” jelas Masidi.
Beliau turut menegaskan Hajiji telah mengingatkan semua parti komponen untuk menghormati persetujuan kerjasama dengan PH.
Walaupun begitu, kepimpinan GRS menghormati keputusan yang diambil oleh kedua-dua parti tersebut.
“Dengan keputusan dan tindakan tersebut, keanggotaan STAR dan SAPP dalam GRS dengan sendirinya tamat,” tegas Masidi.
Beliau menekankan bahawa mesyuarat berkenaan berlangsung dalam suasana yang baik.
“Mesyuarat itu telah berlangsung dalam suasana penuh muhibah, mesra, ikhlas dan berterus-terang,” katanya sambil menambah GRS akan terus memperkasa persiapannya untuk PRN.
“GRS akan terus memperkasakan gerak kerja dan memantapkan strategi bagi menghadapi PRN Sabah Ke-17 dengan komitmen penuh kepada kestabilan dan kesejahteraan Sabah,” tambahnya lagi.
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan