Status 6 Ahli Parlimen PN sokong kerajaan masih di blok pembangkang: Speaker

August 6, 2025 · Politik

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul menegaskan enam ahli Parlimen pembangkang yang didakwa menyokong kerajaan masih kekal dalam blok pembangkang memandangkan tiada pengesahan rasmi diterima daripada mereka.

Kenyataan itu dibuat sebagai jawapan kepada pertanyaan MP Hulu Terengganu, Rosol Wahid (PN) yang meminta penjelasan mengenai status sebenar enam wakil rakyat berkenaan.

“Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat atau pengesahan bertulis daripada mereka yang menyatakan keluar dari blok asal. Selagi tiada pengesahan hitam putih, status quo kekal,” kata Johari dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Johari menekankan beliau perlu berpegang kepada prosedur dan keadilan dalam membuat sebarang penilaian memandangkan keenam-enam MP masih mengikut garis pembangkang dalam pengundian, mereka masih menikmati semua hak sebagai wakil rakyat dan tiada asas untuk mengubah status tanpa pengesahan rasmi

“Jika saya buat keputusan tanpa asas, itu tidak adil kepada mereka. Saya perlu berlaku adil kerana mereka masih sebahagian dari institusi ini,” jelasnya.

Ketika MP Kota Bharu, Takiyuddin Hassan (PN) mempersoalkan sama ada Speaker mengiktiraf mereka sebagai penyokong kerajaan, Johari dengan tegas menafikan:

“Saya tidak pernah menyatakan mereka menyokong kerajaan. Saya hanya mengikut peraturan sedia ada. Tanpa dokumen rasmi, status mereka tetap sama.”

Enam wakil rakyat Bersatu yang dimaksudkan ialah:

1. Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang)
2. Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan)
3. Zahari Kechik (Jeli)
4. Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang)
5. Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar)
6. Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang)

Johari menegaskan bahawa sebagai Speaker, beliau perlu bertindak neutral dan hanya boleh membuat keputusan berdasarkan dokumen rasmi, bukan kenyataan media atau desas-desus politik.

Perkembangan ini dijangka terus menjadi perhatian dalam gelombang politik negara yang sedang melalui fasa kerjasama dan persaingan yang unik.

Berita berkaitan
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
November 6, 2026· Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
6 jam lalu· Isu semasa
Anwar tegur Hadi jangan permainkan agama, sedia dedah kandungan CSA
November 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026 · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
November 6, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
November 6, 2026 · Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
1 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok