Subsidi diesel bersasar untuk tampung ketirisan, Sivamalar pertahan pelarasan

March 20, 2026 · Politik

PKR mempertahankan pelaksanaan subsidi diesel bersasar sambil mengkritik kenyataan pembangkang yang disifatkan tidak menggambarkan realiti ekonomi semasa.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata kenyataan itu dilihat mengulangi pendekatan lama tanpa mengambil kira keperluan reformasi subsidi bagi menjamin kedudukan kewangan negara yang lebih mampan.

Menurutnya, sistem subsidi sebelum ini telah lama berdepan masalah ketirisan serius yang menelan berbilion ringgit setiap tahun.

“Ketika mereka diberi mandat mentadbir, isu ketirisan ini dibiarkan berlarutan tanpa pembetulan yang tuntas.

“Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar penting untuk menutup ruang ketirisan serta memastikan bantuan hanya sampai kepada golongan yang benar-benar layak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu subsidi bahan api kembali menjadi perhatian susulan langkah kerajaan menyusun semula pemberian subsidi, termasuk diesel, bagi mengurangkan beban fiskal negara.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perbelanjaan subsidi meningkat ketara, dipengaruhi harga minyak global yang tidak menentu serta konflik geopolitik, termasuk di Asia Barat.

Sivamalar menegaskan kebimbangan mengenai kenaikan harga diesel perlu dilihat secara menyeluruh, memandangkan kerajaan masih mengekalkan subsidi bagi sektor kritikal seperti logistik, pengangkutan awam dan pertanian.

Selain itu, harga RON95 juga kekal rendah sekitar RM1.99 seliter sebagai perlindungan kepada majoriti rakyat.

Dalam usaha mengurangkan kesan kos sara hidup, kerajaan turut mempercepatkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM1.3 bilion kepada lebih lima juta penerima menjelang Aidilfitri, di samping bantuan khas kepada penjawat awam, pesara dan golongan berkaitan institusi masjid.

Mengulas cadangan supaya pelaksanaan subsidi diesel ditangguhkan, Sivamalar berkata langkah itu mungkin popular tetapi tidak menyelesaikan masalah asas.

“Sekiranya benar mahu membela rakyat, kemukakan pelan mitigasi yang jelas, menyeluruh dan berdaya laksana, bukan sekadar menimbulkan kebimbangan,” katanya.

Sebelum ini, pembangkang mencadangkan kenaikan harga diesel sebanyak 80 sen seliter ditangguhkan atau dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan tekanan kepada rakyat menjelang musim perayaan.

Berita berkaitan
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
19 jam lalu· Politik
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
April 16, 2026· Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
April 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok