Syarikat ais dan makanan sejuk beku tangguh kenaikan harga: Menteri KPDN

July 3, 2025 · Isu semasa

Dua syarikat pengeluar ais dan makanan sejuk beku bersetuju menangguhkan kenaikan harga produk mereka ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata Armizan Mohd Ali.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kedua-dua syarikat itu yang didakwa akan menaikkan harga produk mereka sebelum ini selepas perbincangan dijalankan dengan wakil syarikat berkenaan baru-baru ini.

“Kedua-dua syarikat telah dipanggil ke KPDN dan memaklumkan bahawa mereka akan menangguhkan terlebih dahulu kenaikan harga kepada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian,” katanya semasa Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa hari ini.

Menurutnya, kedua-dua syarikat memberikan alasan bahawa peningkatan kos operasi menjadi punca kepada cadangan kenaikan harga jualan.

“Ia tiada kaitan dengan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Kami telah memberikan nasihat kepada mereka bahawa sekiranya benar ingin menaikkan harga tersebut, syarikat perlu mengemukakan maklumat tertentu kepada KPDN melalui Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 (Akta 723),” jelas Armizan.

Beliau menegaskan bahawa KPDN akan melaksanakan langkah pemantauan dan siasatan secara telus bagi menangani sebarang unsur pencatutan, sekali gus memastikan pengguna tidak terbeban tanpa asas yang munasabah.

Terdahulu, tular satu memo daripada sebuah syarikat pengeluar ais yang memaklumkan kenaikan harga jualan daripada RM3.70 kepada RM6, kononnya berkaitan pelaksanaan SST.

Turut tular, memo daripada syarikat makanan sejuk beku yang turut menjalankan perniagaan burger jenama tempatan terkenal, menyatakan harga akan dinaikkan sebanyak 10 peratus bermula Khamis depan.

Berita berkaitan
Seleweng 5,808 liter diesel, lelaki Myanmar dipenjara enam bulan
July 8, 2026· Isu semasa
Bekalan bahan api cukup hingga Ogos, harga barangan terus dipantau
June 29, 2026· Isu semasa
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
June 25, 2026· Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
June 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
11 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
13 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
13 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
3 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok