Tak wajar DAP dipersalahkan atas keretakan MCA-UMNO, kata Loke

September 21, 2025 · Politik

Anthony Loke, menegaskan bahawa parti itu tidak boleh dipersalahkan atas keretakan hubungan antara MCA dan UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Beliau menafikan sebarang kaitan DAP dengan isu rumah tangga tersebut.

Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan dakwaan yang mengaitkan DAP sebagai punca ketegangan itu sebagai tidak berasas dan hanya menjadikan parti itu ‘kambing hitam’.

“Mengapa DAP yang disalahkan? Ini adalah masalah rumah tangga mereka, jangan salahkan orang luar.

“Kami hanya fokus untuk melaksanakan tugas dengan baik dalam kerajaan dan tidak campur tangan dalam hal parti lain,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan Ke-23 hari ini.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa DAP menyebabkan hubungan MCA dan UMNO menjadi renggang.

Menurut Loke, adalah tidak wajar meletakkan kesalahan pada DAP semata-mata, sebaliknya beliau menyeru semua pihak agar melihat kelemahan sendiri dan bukan menyalahkan pihak lain.

“Orang yang lemah biasanya mencari kesalahan orang lain dan tidak mahu melihat diri sendiri. Ini tidak membantu mengukuhkan parti mereka,” tegasnya.

Isu tersebut tercetus setelah bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, mencadangkan parti itu membuat keputusan sama ada kekal atau keluar dari BN berikutan hubungan semakin rapat antara UMNO dan DAP.

Sementara itu, Loke turut menekankan kesediaan DAP untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk mematuhi formula pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Prinsipnya, kerusi yang dimenangi oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan BN pada pilihan raya lepas, tidak akan dipertandingkan antara satu sama lain.

“Kami bersedia berunding dan bekerjasama untuk memastikan kestabilan kerajaan,” ujarnya.

Loke menegaskan DAP kekal berkomitmen dalam menyokong aspirasi Kerajaan Perpaduan dan akan terus bekerjasama dengan semua rakan sekutu untuk kebaikan negara.

Berita berkaitan
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
4 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
18 jam lalu· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
18 jam lalu· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
3 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
4 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
4 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
18 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok