Teknologi AI perlu diguna secara beretika, bukan sebar maklumat palsu: Fahmi

June 24, 2025 · Isu semasa

Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) perlu diaplikasikan secara bertanggungjawab dan beretika, ia bagi mengelakkan teknologi tersebut digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata negara sedang meneroka pembuatan teknologi AI tetapi memerlukan persediaan rapi yang perlu diambil kira bagi memastikan penggunaannya bermanfaat kepada masyarakat.

“Perjalanan kita masih jauh. Kita belum sampai ke destinasi yang sebenar. Saya percaya masih banyak perkara yang perlu dilakukan kerana AI belum mampu meniru bahasa dan ucapan manusia secara sempurna,” katanya ketika merasmikan Hari Terbuka IPPTAR 2025 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Angkasapuri hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi juga menyatakan kebimbangan teknologi itu yang mungkin disalah guna bagi tujuan tertentu dengan memberikan contoh yang berlaku di Timur Tengah apabila maklumat palsu yang dihasilkan menggunakan AI disebar untuk propaganda.

“Lihat apa yang berlaku di Gaza, antara Israel, Iran dan negara-negara Arab lain. Teknologi digunakan untuk menyebar maklumat palsu, dan kadangkala ia kelihatan sahih. Sebab itu kita perlu berhati-hati, perhatikan nilai kandungan yang disebarkan kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau menyeru supaya agensi-agensi komunikasi dan media terus meningkatkan pemahaman mereka terhadap kerangka etika penggunaan AI termasuk dalam pemasaran dan komunikasi strategik.

“Kita perlu bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan serta pemimpin industri untuk memahami sepenuhnya kerangka AI dalam komunikasi. Ini penting agar teknologi ini digunakan secara bertanggungjawab dan beretika,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kebebasan media tetap menjadi keutamaan kerajaan namun ia perlu seiring dengan tanggungjawab dan etika profesional.

“Media mesti bebas, tetapi juga bertanggungjawab. Hati-hati dalam menghasilkan grafik atau kandungan. Jangan sekadar ‘copy-paste’.

“Kita perlu belajar daripada apa yang telah berlaku kepada salah satu media baru-baru ini,” katanya.

Fahmi merujuk penyiaran kesilapan infografik oleh sebuah portal media berkaitan penglihatan politik Ketua Polis Negara (KPN) baharu.

berikutan itu, Fahmi mencadangkan satu perbincangan melibatkan Majlis Media Malaysia dan pihak berkepentingan bagi merangka pendekatan bersama dalam isu AI dan etika kewartawanan.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
12 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
7 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
8 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok