Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, secara rasmi akan menamatkan tugasnya berkuat kuasa 2 Disember 2025.
Pengumuman itu dibuat oleh Tengku Zafrul semasa Taklimat Media Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025 hari ini dan menjelaskan tarikh tersebut menandakan hari terakhirnya di kementerian berkenaan ekoran statusnya sebagai ahli Dewan Negara yang tamat.
“Hari terakhir saya di MITI adalah pada 2 Disember ini kerana sudah tidak menjadi anggota Dewan Negara,” jelas Tengku Zafrul.
Mengenai masa depannya dalam kerajaan, beliau menegaskan sebarang peranan baharu, termasuk jawatan sebagai penasihat kanan, adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara Perdana Menteri.
“Bergantung kepada Perdana Menteri. Ketika ini belum ada perbincangan rasmi tetapi saya ada menyatakan kesediaan untuk terus membantu pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.
Beliau turut berikrar untuk memastikan proses peralihan kepada menteri baharu nanti berjalan lancar.
Soalan mengenai siapa yang akan menggantikannya dijawab dengan ringan. Secara berseloroh, beliau meminta pandangan media yang hadir.
“Siapa Menteri MITI baharu, saya tidak tahu. Mungkin anda media lebih tahu,” katanya.
Sebelum memegang portfolio kabinet, Tengku Zafrul mempunyai karier cemerlang selama lebih 22 tahun dalam industri perbankan, termasuk memegang jawatan tertinggi di CIMB Group.
Pelantikan beliau sebagai menteri sebelum ini adalah melalui kapasiti sebagai senator, dengan penggal kedua beliau yang maksimum tamat pada Disember 2022.
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum