Teresa minta Jamal jangan lupa bayar hutang selepas sembuh kanser

June 9, 2025 · Politik

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Jamal Md Yunos diingatkan supaya tidak melupakan hutang yang belum lagi dilangsaikan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Wakil DAP tersebut, Kok berkata kepada Jamal supaya melunaskan bayaran kepada peguamnya seperti diperintahkan mahkamah.

“Tahniah,” tulis Kok ringkas dalam satu hantaran di Facebook, merujuk kepada laporan media yang memetik Jamal sebagai berkata rawatan intensif yang dijalaninya telah berjaya menghapuskan kanser dalam badannya.

“Sekarang masa untuk Jamal bayar peguam saya seperti yang diperintahkan mahkamah,” tambahnya.

Pada Oktober tahun lalu, Kok memperoleh perintah mahkamah untuk menyita dan melelong barangan dalam rumah Jamal selepas dia gagal melunaskan RM50,000 sebagai kos guaman yang diperintahkan mahkamah, susulan kekalahannya dalam saman fitnah bernilai RM300,000.

Kok dianugerahkan pampasan RM300,000 pada 2023 selepas pertarungan tujuh tahun di mahkamah dengan bekas pemimpin gerakan “baju merah” itu.

Saman itu difailkan pada 2017 berikutan kenyataan Jamal yang mendakwa Kok menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor di bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri ketika itu.

Kok dalam pernyataan tuntutan mendakwa kenyataan Jamal membawa maksud dirinya telah menyalahgunakan dana awam dan bertindak secara tidak beretika.

Pada Mac lalu, kesihatan Jamal dilaporkan merosot selepas doktor mengesan sel kanser merebak ke otaknya.

“Selepas bertarung dengan kanser tahap akhir selama empat hingga lima bulan, pakar akhirnya mengesahkan bahawa sel kanser sudah tiada dalam tubuh saya,” kata Jamal dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
3 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
3 jam lalu· Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
10 jam lalu· Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
3 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
3 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
11 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
12 jam lalu · Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok