Tiga anak Daim dikesan keluar negara: JIM

February 28, 2026 · Politik

Rekod Jabatan Imigresen mengesahkan tiga daripada empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, kini berada di luar negara ketika mereka sedang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata semakan mendapati ketiga-tiga individu berkenaan meninggalkan Malaysia pada hujung Januari dan awal Februari lalu.

“Ya, saya sahkan mereka sudah keluar dari Malaysia kecuali seorang yang setakat ini tiada rekod pergerakan keluar,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan destinasi mereka kerana siasatan berada di bawah bidang kuasa SPRM.

“Imigresen akan menyalurkan maklumat diperlukan oleh SPRM berdasarkan rekod jabatan,” tambahnya.

Semalam, SPRM memaklumkan empat anak Daim sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Antara yang dinamakan ialah Asnida Abdul Daim dan Md Wira Dani Abdul Daim. Dua lagi ialah Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.

SPRM dalam kenyataannya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu berkenaan supaya menghubungi pegawai penyiasat yang disenaraikan bagi membantu siasatan.

Kes ini menarik perhatian ramai memandangkan Daim merupakan tokoh korporat dan ahli politik berpengaruh yang pernah menerajui Kementerian Kewangan pada era 1980-an dan akhir 1990-an.

Beliau sebelum ini turut dikaitkan dengan siasatan berhubung pengisytiharan harta.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
June 12, 2026· Politik
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026· Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026· Isu semasa
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
June 10, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu · Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
13 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok