TikTok diarah wujudkan mekanisme berkesan tangani isu pengguna bawah 13 tahun: Fahmi

September 4, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi mengarahkan platform media sosial TikTok untuk segera mewujudkan mekanisme yang lebih berkesan bagi menangani isu pengguna di bawah usia 13 tahun yang didapati masih berleluasa, meskipun terdapat larangan oleh garis panduan komuniti platform itu sendiri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan kaedah sedia ada oleh TikTok gagal membendung kemasukan pengguna bawah umur, justeru platform berkenaan perlu bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menangani kelemahan tersebut.

“Saya tidak melihat mereka melakukan larangan ini dengan agresif. Mereka sangat lemah dalam menguatkuasakannya.

“Mekanisme sedia ada yang digunakan juga tidak boleh diguna pakai dan gagal,” kata Fahmi kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi TikTok, PDRM, dan MCMC di Bukit Aman, hari ini.

Titik permulaan kepada arahan ini adalah lawatan Fahmi ke beberapa buah sekolah rendah, di mana beliau mendapati wujudnya kanak-kanak seawal tahun satu yang sudah memiliki dan aktif menggunakan akaun TikTok.

Penemuan ini amat membimbangkan memandangkan platform tersebut secara dasarnya melarang individu di bawah 13 tahun memiliki akaun.

Beliau mencadangkan beberapa langkah proaktif yang boleh dilaksanakan, termasuk menggunakan proses pengesahan identiti pelanggan secara digital (e-KYC) dan mengehadkan akses kepada ciri-ciri tertentu seperti memberi komen dan berkongsi video bagi pengguna yang tidak mengesahkan identiti mereka.

“Saya tidak melihat mereka melakukan larangan ini dengan agresif, mereka sangat lemah dalam menguatkuasakannya, mekanisme sedia ada yang digunakan juga tidak boleh diguna pakai dan gagal,” katanya.

Fahmi turut menekankan kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyekat penggunaan TikTok di Malaysia pada masa in namun memberi amaran tindakan undang-undang akan dipertimbangkan sekiranya platform itu terus gagal untuk mematuhi peraturan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Pertemuan hari ini merupakan kesinambungan daripada tindakan kerajaan sebelum ini, yang memanggil pengurusan TikTok berikutan kebimbangan terhadap kelewatan memberikan kerjasama kepada PDRM dalam menangani isu penyebaran berita palsu, termasuk kes yang melibatkan dakwaan seorang individu sebagai pakar bedah dalam kes Zara Qairina Mahathir.

Latar belakang kepada tindakan tegas ini adalah keprihatinan yang semakin mendalam terhadap keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di ruang digital.

Pendedahan awal kepada media sosial tanpa kawalan didikhuatiri boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko termasuk kandungan yang tidak sesuai, buli siber, dan eksploitasi.

Dengan arahan ini, kerajaan mengharapkan TikTok bertindak pantas dan serius untuk memastikan platform mereka menjadi ruang yang lebih selamat dan bertanggungjawab, selaras dengan undang-undang dan norma sosial di Malaysia.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026· Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
April 30, 2026· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
April 30, 2026· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
7 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok