TM sedia beri kerjasama kepada DOJ berhubung siasatan AS$20 juta

May 20, 2026 · Isu semasa

Telekom Malaysia (TM) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung kes membabitkan tiga bekas pegawai kanan anak syarikatnya di Amerika Syarikat yang didakwa menyeleweng lebih AS$20 juta dana syarikat.

TM dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat itu terlebih dahulu menjalankan siasatan dalaman selepas mengesyaki berlaku salah laku dalam kalangan pegawai terbabit sebelum tindakan pemecatan diambil.

“Maklumat hasil siasatan dalaman itu turut dikongsi dengan pihak berkuasa berkaitan. Kes ini kini berada di bawah bidang kuasa DOJ dan mahkamah Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu.

TM turut menegaskan syarikat berkenaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan sentiasa mengutamakan piawaian tadbir urus serta pematuhan yang ketat dalam operasi syarikat.

Kes itu mendapat perhatian selepas DOJ mengumumkan pertuduhan terhadap Mohd Hafiz Lockman, Mohd Yuzaimi Yusof dan Khanh Thuong Nguyen yang merupakan eksekutif kanan di TM USA Inc.

Menurut DOJ, ketiga-tiga individu terbabit didakwa menggunakan rekod palsu dan kenyataan mengelirukan bagi menyalurkan dana syarikat secara tidak sah, selain memperdaya rakan niaga, pembekal, juruaudit dan pihak penyelia di Amerika Syarikat antara Julai 2020 hingga Februari 2026.

Penolong Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James C. Barnacle Jr. berkata, siasatan mendapati wujud skim pecah amanah yang dirancang bagi mendapatkan keuntungan peribadi.

“Mereka didakwa memalsukan rekod korporat dan menyalahgunakan kedudukan dalam syarikat untuk kepentingan kewangan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hafiz dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang San Francisco, manakala dua lagi tertuduh menyerah diri kepada pihak berkuasa Amerika bulan lalu.

TM USA Inc merupakan anak syarikat TM yang beroperasi di Amerika Syarikat dan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan telekomunikasi serta rangkaian data antarabangsa.

Berita berkaitan
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026· Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026· Isu semasa
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
June 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
7 jam lalu · Isu semasa
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
7 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok