Tokoh ulama Kelantan harap kerajaan Anwar kekal, semua rintangan diselamatkan

July 20, 2025 · Politik

Kerajaan sedia ada yang ditadbir Perdana Menteri Anwar Ibrahim harap dapat dikekalkan bagi menjamin kestabilan negara, kata seorang tokoh ulama dari Kelantan.

Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menyeru agar sokongan diberikan kepada kerajaan Anwar agar pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara terpelihara.

“Kita di Malaysia ini lima tahun satu kerajaan, kadang-kadang dua atau setahun satu kerajaan. Dasar berubah menyebabkan pondok pun lemah dan malap. Ekonomi malap. Ini bukan cara Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran ribuan jemaah dalam program tersebut merupakan isyarat jelas sokongan umat Islam terhadap kepimpinan Anwar dan kerajaan perpaduan yang diterajuinya sejak hujung 2022.

“Insya-Allah semua rintangan dan cabaran di negara ini dapat diselamatkan. Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) dapat diselamatkan,” ujar beliau.

Syeikh Wazir turut mengimbau hubungan lamanya dengan Anwar sejak era awal perjuangan Islam, termasuk ketika beliau menuntut di Pakistan selama 13 tahun.

Menurutnya, Anwar pernah menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar Asean di sana, satu sumbangan yang amat dihargai dan diingatinya hingga kini.

Dalam pada itu, kenyataan ulama pondok ini hadir ketika pembangkang mengumumkan rancangan untuk menganjurkan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai di Kuala Lumpur, dengan sasaran kehadiran sehingga 300,000 peserta, meningkat daripada anggaran awal 50,000 orang.

Semalam, Anwar mencabar pengkritiknya supaya membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat jika benar mereka serius mahu menukar kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa sistem demokrasi perlu dihormati, dan mana-mana pihak yang gagal memperoleh sokongan majoriti di Parlimen harus menunggu sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.

Berita berkaitan
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok