Lokman mengkritik Akmal sebagai 'budak H20' dalam satu wawancara baru-baru ini.
Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Lokman Noor Adam agar memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Akmal Saleh, berikutan kenyataan yang didakwa merendahkan martabat dan jawatannya.
Ketua Pemuda Negeri Sembilan tersebut, Mohamad Fadil Md Zin membidas kenyataan Lokman sebelum ini yang menyifatkan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai ‘Ketua Pemuda H2O’ dan menegaskan tuduhan sedemikian adalah serius, berniat jahat, dan jelas bertujuan menjatuhkan reputasi ketua mereka.
“Pemuda UMNO Negeri Sembilan memohon beliau supaya menghentikan kenyataan yang menjurus kepada serangan terhadap kepimpinan UMNO terutamanya kepada Dr Akmal dan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Pertuduhan yang dibuat adalah amat serius dan dilihat seolah-olah berniat jahat serta ingin menjatuhkan reputasi Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan.
Mohamad Fadil berkata sekiranya permohonan maaf terbuka tidak dilakukan, pimpinan tertinggi parti wajib membawa individu terbabit untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin Parti kerana didakwa melanggar Perlembagaan Parti di bawah Fasal 20.9.
“Seandainya tiada permohonan maaf secara terbuka dilakukan beliau kepada Dr Akmal maka Pemuda UMNO Negeri Sembilan memohon supaya pimpinan tertinggi parti perlu membawa beliau ke Jawatankuasa Displin Parti kerana telah melanggar Perlembagaan Parti Fasal 20.9,” ujarnya lagi.
Mohamad Fadil turut menggesa semua pihak menolak sebarang bentuk perbalahan dalaman, memandangkan musuh parti hanya menunggu peluang untuk melihat pemimpin UMNO bermusuhan antara satu sama lain.
Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan budaya negatif ini tidak berulang dan menjadi kebiasaan pada masa akan datang.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri