Tunggu proses mahkamah, PMX tiada kuasa mutlak laksana adendum: PKR Gerik

July 18, 2025 · Politik

PKR Gerik menyifatkan tindakan Ketua-Ketua Bahagian UMNO mendesak pelaksanaan titah adendum terhadap Najib Razak sebagai tidak sewajarnya berlaku kerana ia masih di peringkat mahkamah ketika ini.

Ketua Cabang PKR Cabang Gerik, Dr Ahmad Safwan Mohamad berkata desakan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu akan menyebabkan prinsip pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang tercemar sekiranya wujud campur tangan pihak eksekutif.

“Perlu difahami bahawa isu ini kini berada dalam bidang kuasa Mahkamah Persekutuan setelah melalui pelbagai peringkat kehakiman.

“Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanakannya kerana keputusan akhir adalah tertakluk kepada proses mahkamah dan Lembaga Pengampunan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, desakan itu seolah-olah memperlekeh peranan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang sentiasa menjunjung tinggi institusi Raja-Raja Melayu serta proses perundangan negara.

Ujarnya lagi, pada 1 dan 2 Julai lalu Mahkamah Persekutuan telah mendengar hujahan berhubung permohonan semakan kehakiman membabitkan surat daripada Istana Pahang yang sebelum ini dibenarkan Mahkamah Rayuan namun dicabar oleh pihak Peguam Negara.

Katanya, sehingga kini belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan oleh mahkamah dan adalah tidak bertanggungjawab untuk memaksa Perdana Menteri membuat tindakan sementara prosiding masih berjalan.

“Perdana Menteri hanyalah pemudah cara kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Tambahan pula, isu titah adendum ini dikatakan berlaku dalam tempoh peralihan kuasa antara Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan ke-17 yang menimbulkan persoalan dari sudut undang-undang dan kini diperhalusi oleh mahkamah,” katanya.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim juga telah bertitah bahawa perkara itu boleh dibawa semula dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang dan Perdana Menteri telah memberi jaminan untuk mempersembahkannya secara berperlembagaan apabila tiba masanya.

Ahmad Safwan turut menyeru agar semua Ketua Bahagian UMNO memahami konteks sebenar isu berkenaan dan membantu memberi penjelasan kepada akar umbi, bukan menambahkan kekeliruan demi kepentingan politik tertentu.

“Kestabilan negara tidak boleh digadaikan untuk memenuhi tuntutan kelompok sempit.

“Kita semua bertanggungjawab memelihara maruah institusi kehakiman, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan menghormati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu,” katanya.

Pada Khamis, seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara mendesak Anwar mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan Titah Adendum bagi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Mereka menegaskan, ia sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan pelaksanaannya.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
1 jam lalu· Politik
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
3 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
3 jam lalu· Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
1 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026 · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026 · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok