UMNO-BN tak tolak bertanding solo PRN Melaka tanpa PH: Mat Hasan

July 12, 2025 · Politik

Sekiranya gagal mencapai persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH), UMNO-Barisan Nasional (BN) sedia bergerak solo bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mereka bertanding tanpa PH pada PRN Melaka tetapi menjelaskan ketika ini tiada sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Pilihan raya ini ibarat medan perang dan kita mesti `berperang’ dengan persiapan yang rapi. Apa jua bentuk persiapan, ia mesti memberi kebaikan kepada kita.

“Jika baik untuk kita bersama (PH), kita akan bersama, tetapi jika bersendirian lebih baik, maka kita akan bergerak sendiri. Namun buat masa ini, beberapa penelitian masih lagi berjalan dan belum dimuktamadkan,” katanya yang juga Timbalan Presiden UMNO selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Telok Mas hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Luar, berkata pendekatan menghadapi pilihan raya tidak boleh menggunakan formula yang sama di semua negeri kerana latar belakang dan realiti politik yang berbeza.

Katanya, keputusan muktamad akan dibuat selepas mengambil kira semua aspek termasuk landskap politik semasa serta kesesuaian strategi gabungan di setiap negeri.

“Formula di Melaka tidak sama seperti di Johor, Kelantan, Kedah atau Sabah. Di Sabah, kita sudah umumkan akan bersama PH dan juga beberapa parti tempatan yang kita lihat boleh memberi nilai tambah kepada kekuatan kita.

“Justeru, tidak wujud konsep satu formula untuk semua negeri. Kita sedang mengkaji dengan teliti supaya strategi yang diambil tidak tersilap langkah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polemik isu perkongsian kerusi antara BN dengan PH di Melaka yang dicetuskan DAP negeri selepas parti itu meluluskan resolusi strategi 14 BN + 14 PH pada PRN Melaka akan datang.

Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dipetik mengingatkan PH Melaka supaya tidak terlalu berharap untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi BN pada PRN lalu, kerana BN yang mendominasi kerusi DUN di Melaka ketika ini tidak akan melepaskan kerusi terbabit kepada PH.

Melaka mempunyai 28 DUN membabitkan 21 dikuasai BN, PH (lima) dan dua kerusi bawah Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, tempoh penggal DUN Melaka dijadualkan berakhir pada November tahun depan.

Berita berkaitan
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
1 jam lalu· Politik
Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah
22 jam lalu· Politik
Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin
April 19, 2026· Politik
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pendaftaran online: Ahli baharu UMNO cecah 3,700 dalam sehari
4 jam lalu · Politik
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
22 jam lalu · Politik
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
22 jam lalu · Politik
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
April 20, 2026 · Politik
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
April 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok