UMNO buka pintu bekas ahli kembali sertai parti, tapi jangan jual mahal: Tok Mat

March 7, 2026 · Politik

UMNO membuka ruang kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti itu, namun mereka perlu mengemukakan permohonan rasmi sebelum sebarang keputusan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan, berkata parti itu bersikap terbuka dan mengalu-alukan kepulangan bekas ahli, selagi mereka mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Menurutnya, UMNO kini berada dalam fasa konsolidasi dan perpaduan dalaman amat penting bagi menguatkan semula parti.

“Jangan jual mahal, kita pun tak minta bawa tepak sirih, tapi kita mengalu-alukan mereka kembali kepada UMNO,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menjelaskan, mana-mana bekas ahli yang ingin kembali perlu mengemukakan surat permohonan kepada Setiausaha Agung sebelum perkara itu dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan parti untuk pertimbangan lanjut.

Mohamad berkata, setiap permohonan juga akan dirujuk kepada kepimpinan bahagian dan badan perhubungan negeri bagi mendapatkan pandangan sebelum dibentangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk keputusan muktamad.

“Kita akan tanya bahagian dan negeri dahulu untuk mendapatkan pandangan. Kita tidak mahu parti jadi huru-hara. Ada tertib dalam pengurusan parti,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan hasrat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang menyatakan minat untuk kembali menyertai parti berkenaan menerusi agenda dikenali sebagai ‘Rumah Bangsa’.

Pada Januari 2023, UMNO mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin termasuk memecat Khairy.

Selain itu, keahlian beberapa pemimpin lain turut digantung, antaranya Hishammuddin Hussein, Shahril Hamdan dan beberapa individu lain.

Berita berkaitan
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
5 jam lalu· Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu· Politik
UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok