UMNO kecewa tindakan Zafrul, tapi tidak berdaya untuk halang

May 30, 2025 · Politik

Tidak berapa lama selepas pengumuman dibuat Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk keluar UMNO, beberapa pemimpin parti meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan tersebut.

Meskipun kecewa dengan tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri tersebut yang meletak jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR, namun tiada siapa berdaya menghalangnya daripada meneruskan perancangan tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memandang serius niat perletakan jawatan beliau kerana ingin menyertai PKR.

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

Katanya, tindakan menerima keahlian daripada ahli parti lain dalam Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya berlaku bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan itu.

“(Tindakan itu) akan mencetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi,” katanya dipetik dalam kenyataan media.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh pula dengan nada sinis berkata Zafrul seharusnya turut melepaskan jawatan menterinya selepas membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

“(Zafrul) sepatutnya letak jawatan menteri sekali.

“Dan kepada PKR, semoga boleh menerima permohonan masuk Tengku Zafrul dan ia boleh menjadi bukti betapa ‘setianya’ persahabatan antara UMNO dan PKR.

“Orang UMNO terlalu gembira dengan berita ini. Datang tak diundang, pergi pun tak dikesali,” kata Akmal.

Terdahulu, Zafrul dalam satu kenyataan berkata sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dalam UMNO dan mengumumkan hasratnya untuk menyertai PKR.

Zafrul berkata keputusan itu tidak dibuat dengan mudah dan dia telah mendapatkan pandangan serta nasihat daripada rakan-rakan di luar mahupun dalam UMNO, termasuk presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu· Politik
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
9 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
17 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
17 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok