Kes rasuah Sabah.
Jabatan Peguam Negara (AGC) didesak untuk membuat keputusan segera sama ada akan mendakwa enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dalam skandal rasuah perlombongan di Sabah sebelum pembubaran DUN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir.
Gesaan itu disuarakan oleh Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman, yang menegaskan kejelasan mengenai status kes tersebut adalah penting sebelum pengundi menuju ke peti undi.
“Siasatan dan pendakwaan terhadap lapan ADUN dan seorang Speaker DUN daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terpalit dalam skandal video rasuah yang didedahkan sejak November tahun lalu mesti diselesaikan sebelum PRN Sabah ke-17 diadakan,” tegas Rosman dalam satu kenyataan.
“Rakyat Sabah berhak mengetahui semua kebenaran berkenaan kes tersebut supaya menjadi bijak dan rasional untuk mengenal pasti bagi membuat pilihan siapa dan parti mana yang lebih jujur, berupaya dan beramanah untuk memimpin kerajaan negeri yang baru,” tambahnya lagi.
Kenyataan Datuk Rosman itu dikeluarkan sebagai respon berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang mendedahkan dua daripada lapan ahli politik itu Andy Suryandy Bandy dan Yusof Yacob telah didakwa, manakala baki enam masih menunggu keputusan daripada pihak pendakwa.
Skandal kes rasuah di Sabah bermula apabila pendedahan video rasuah melibatkan ahli politik GRS yang disiarkan pada November 2023.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebelum ini berkata pendakwaan terhadap enam ADUN itu tidak boleh bergantung kepada khabar angin semata-mata.
Kenyataan itu bagaimanapun mendapat kritikan keras daripada ahli perniagaan, Albert Tei, yang juga pemberi maklumat yang mendedahkan skandal tersebut.
Antara ADUN GRS yang disebut-sebut terlibat ialah Timbalan Ketua Menteri, Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Negeri, Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Arifin Arif; Speaker DUN, Kadzim Yahya; serta ADUN Kuamut, Masiung Banah dan ADUN Tempasuk, Arsad Bistari.
Sehingga kini, SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status siasatan terhadap enam ADUN berkenaan, biarpun desakan semakin kuat menjelang PRN Sabah.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen