Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Shahelmey Yahya perlu mengosongkan kerusi Parlimen Putatan sekiranya bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin berkata Shahelmey terikat dengan peruntukan akta antilompat parti yang mewajibkan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi jika keluar daripada parti asalnya.
“Dia (Shahelmey) perlu kosongkan kerusinya (Parlimen Putatan) jika sertai parti lain seperti termaktub dalam akta antilompat parti,” kata Bung dipetik laporan media.
Bung mengulas kenyataan Pengerusi GRS, Hajiji Noor yang mengatakan berkemungkinan besar Shahelmey bertanding bawah gabungan itu pada PRN Sabah nanti.
Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Tanjung Keramat memenangi kerusi Putatan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu atas tiket Barisan Nasional (BN).
Namun, keahliannya dalam UMNO digantung selama enam tahun sejak Mac 2023 kerana didakwa tidak mematuhi ketetapan parti dalam usaha menjatuhkan Hajiji menerusi Langkah Kinabalu.
Baru-baru ini, Hajiji mengesahkan kemungkinan Shahelmey bertanding bawah GRS pada PRN akan datang.
Shahelmey pula berkata, beliau masih meneliti pandangan pengundi di kawasannya sebelum membuat keputusan mengenai hala tuju politik.
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri