UMNO Sembrong mahu penggantungan keahlian Hishammuddin dibatalkan

June 21, 2025 · Politik

Terdapat usul dikemukakan UMNO Bahagian Sembrong yang mahu tindakan mengantung keahlian Hishammuddin Tun Hussein dibatalkan dan membenarkan bekas naib presiden parti itu kembali aktif.

Semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Sembrong hari ini, perwakilan akar umbi menyuarakan cadangan tersebut kepada Pengerusi UMNO Johor merangkap Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi agar dapat dibawa untuk pertimbangan pihak atasan parti.

Semasa merasmikan mesyuarat itu, Onn tidak dapat menyembunyikan rasa sebak ketika memulakan ucapan perasmian apabila mengenangkan peranan besar bekas naib presiden UMNO, Hishammuddin yang dianggap sebagai ‘sifu’ dalam permulaan karier politiknya.

“Sembrong ini bukan sekadar kawasan politik, ia tempat saya mula belajar dan mengenal erti perjuangan. Orang yang membawa saya ke sini ialah Hishammuddin Tun Hussein,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut di Rumah Komuniti UMNO Sembrong.

Walaupun Hishammuddin tidak hadir dalam majlis itu, Onn memaklumkan bahawa usul berkenaan mencerminkan penghargaan akar umbi terhadap jasa serta kepimpinan beliau.

“Saya dimaklumkan ada usul supaya pucuk pimpinan UMNO mempertimbangkan semula untuk menerima beliau kembali di peringkat UMNO Bahagian Sembrong.

“Insya-ALLAH, sebagai Pengerusi UMNO Johor, saya akan bawa usul ini ke peringkat tertinggi,” katanya.

Untuk rekod, Hishammuddin digantung keahlian selama enam tahun bermula 27 Januari 2023, bersamaan dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Surat penggantungan itu ditandatangani oleh Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agung UMNO ketika itu.

Selain beliau, beberapa pemimpin lain turut dikenakan tindakan termasuk bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Namun, pada 11 Disember lalu, Hishammuddin menegaskan tidak akan mengemukakan sebarang rayuan bagi membatalkan penggantungan tersebut kerana sehingga kini beliau belum diberikan sebab yang jelas berhubung tindakan itu.

Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan bahawa penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman selama enam tahun telah ditarik balik selepas menghantar empat kali surat rayuan untuk kembali bersama parti.

Berita berkaitan
Aminuddin dakwa pengkhianatan punca PRN Negeri Sembilan diadakan
6 jam lalu· Politik
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
6 jam lalu· Politik
Kongres PKR ditunda ke Ogos, Saifuddin dan Dr Zaliha dilantik Naib Presiden
14 jam lalu· Politik
AMK persoal sejauh mana komitmen UMNO bersama Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus hubungan dengan Bersatu
14 jam lalu · Politik
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
15 jam lalu · Politik
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
15 jam lalu · Politik
UMNO Negeri Sembilan mahu tanding semua kerusi DUN secara solo: Jalaluddin
15 jam lalu · Politik
Gerakan dakwa PAS bertindak sendiri cadang tubuh PN+, tiada perbincangan
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok