UMNO tak minta jawatan jika berlaku kekosongan dalam Kabinet: Zahid

May 24, 2025 · Politik

Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Kabinet, Zahid Hamidi berkata UMNO tidak boleh sewenang-wenangnya meminta untuk meletakkan wakil mereka.

Presiden UMNO itu berkata mereka tidak tamak untuk meminta jawatan dalam Kabinet, ia susulan kemungkinan berlaku kekosongan jawatan menteri selepas keputusan pemilihan PKR semalam.

“Itu hak mereka, kita tidak boleh campur dan kita tahu batas-batas permintaan kita… Saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada UMNO.

“Kita bersyukur kerana kita sudah ada tujuh menteri daripada UMNO dalam barisan Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Eastern International TVET hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Untuk rekod, pada 10 Mei lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan UMNO tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman parti lain, termasuk PKR, dan sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan parti sendiri.

“Saya tidak seharusnya mencampuri urusan parti lain. Sudah tentu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, akan melakukan sesuatu yang terbaik supaya kerajaan sedia ada dan anggota Jemaah Menteri dapat terus bergerak seiring bagi menjamin pengukuhan Kerajaan Madani,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu PKR, termasuk Nurul Izzah Anwar, dan berharap hubungan antara UMNO dengan PKR melalui kerjasama dalam Pakatan Harapan dan BN dapat dieratkan lagi.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
15 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu· Isu semasa
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
21 jam lalu· Politik
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
15 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
23 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
23 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
24 jam lalu · Politik
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok