Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim menyokong tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana pihak yang mengibarkan bendera Israel atau memaparkan tulisan Hebrew, dengan menegaskan perbuatan sedemikian adalah salah dan bertentangan dengan dasar negara.
Kenyataan Perdana Menteri itu susulan satu insiden di Kelantan baru-baru ini yang melibatkan pengibaran bendera Israel dalam suatu program dan insiden video tular seorang pemandu van memasang pelekat bertulisan Hebrew di belakang kenderaannya.
Tindakan itu telah menyebabkan bantahan awam yang meluas sebelum pihak polis mengambil tindakan lanjut.
Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menekankan justifikasi atau matlamat di sebalik tindakan tersebut tidak relevan, dan ia tetap dianggap sebagai satu kesalahan.
Beliau mengingatkan Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara dan konsisten dalam pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin.
“Jadi, mengikut dasar negara, termasuk (mengibar) bendera (Israel) walau apa pun matlamatnya, itu adalah salah dan saya setuju supaya polis diarah mengambil tindakan yang sewajarnya,” tegas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri hari ini.
“Mana ada negara di dunia, seperti mana dijajah? Orang yang angkat bendera ‘Union Flag’ itu kita anggap pengkhianat, sama juga dengan apa yang berlaku soal bendera (Israel),” ujarnya lagi.
Anwar berharap tindakan tegas ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak.
“Walaupun apa alasan diberikan, saya setuju supaya tindakan diambil supaya menjadi pengajaran. Jangan (dibenarkan) berlaku,” katanya.
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum