Warisan perkenal mekanisme halang wakil rakyat lompat, denda RM10 juta: Shafie

October 4, 2025 · Politik

Parti Warisan akan melaksanakan rangka undang-undang dalaman yang tegas bagi membendung budaya lompat parti, termasuk mengenakan denda RM10 juta dan pemecatan serta-merta kepada mana-mana calonnya yang menang tetapi keluar parti kemudiannya.

Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata pendekatan drastik itu bagi menamatkan budaya politik tidak berprinsip yang dianggap mengkhianati mandat rakyat.

“Kita sedang rangka mekanisme undang-undang dalaman untuk halang budaya lompat parti, termasuk melalui surat akuan bersumpah.

“Mana-mana calon Warisan yang keluar parti selepas menang akan gugur keahlian, wajib kosongkan kerusi dan bayar denda RM10 juta,” tegas Shafie.

Beliau berkata denda tinggi itu bertujuan memberi mesej jelas kepada mana-mana individu yang menjadikan politik sebagai jalan singkat untuk mengejar imbuhan.

Mengenai penerimaan ahli baharu, Shafie menegaskan Warisan tidak akan memberi laluan mudah kepada bekas ahli yang pernah melompat parti untuk kembali menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.

“Kadang-kadang ada yang mahu masuk semula kerana mahu jadi calon. Kalau begitu tidak bolehlah. Keutamaan kita adalah untuk mengambil alih kuasa dan memastikan kestabilan politik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Slogan Kempen PRN-17 Sabah bertemakan “Selamatkan Sabah” yang disifatkannya sebagai simbol penyatuan dan kebangkitan semangat parti.

“Kita guna satu logo dan satu slogan supaya rakyat kenal dan tahu bahawa Warisan mempunyai satu ikatan, satu unity,” katanya.

Sementara itu, Shafie menafikan sebarang bentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) menjelang PRN-17.

“Parti Warisan belum ada lagi UMNO. Jadi jangan dengar BN, dengar Parti Warisan punya pengumuman,” tegasnya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut meluahkan keyakinanslogan “Selamatkan Sabah” mampu mencetuskan gelombang baharu dan merubah landskap politik negeri berdasarkan semangat kesatuan.

Berita berkaitan
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026· Politik
Tin makanan jadi helah seludup syabu bernilai RM3 juta, lima ditahan
April 16, 2026· Isu semasa
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026· Politik
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
3 jam lalu · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok