Warisan tak terlibat demonstrasi Gempur Rasuah bakar gambar pemimpin: Azis

June 22, 2025 · Isu semasa

Demonstrasi Himpunan Gempur Rasuah 2.0 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah semalam tidak mempunyai kaitan dengan Parti Warisan, kata Mohd Azis Jamman.

Ketua Penerangan Warisan itu berkata perhimpunan tersebut dianjurkan sepenuhnya oleh Suara Mahasiswa UMS dan tiada penglibatan parti politik secara rasmi menyokong penganjuran tersebut.

Dalam masa sama, ujar beliau, Warisan menjunjung dan menghormati hak untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, hak berhimpun secara aman itu adalah milik semua rakyat Malaysia termasuk anak muda Sabah, para pelajar termasuk ahli parti politik selagi ia dilaksanakan secara aman dan mematuhi undang-undang.

“Warisan juga telah mengingatkan semua ahli kami agar tidak memakai sebarang pakaian yang memaparkan logo Warisan sekiranya mereka memilih untuk hadir.

“Kehadiran mereka (sekiranya ada) adalah atas kapasiti peribadi, dan bukan sebagai wakil parti.

“Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, saya sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawai untuk memantau acara tersebut.

“Saya boleh mengesahkan tiada sebarang lambang atau bahan parti Warisan dipamerkan sepanjang perhimpunan berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini susulan wujud dakwaan yang mengaitkan Warisan dengan perhimpunan aman tersebut.

Sementara itu, Azis berkata, tiada mana-mana ahli Warisan terlibat dalam insiden membakar banner dan poster Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang berlaku pada perhimpunan aman tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya, perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa sendiri.

“Kami yakin pihak penguat kuasa terutamanya Cawangan Khas, telah mengenal pasti individu yang terlibat. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengesahkan fakta berdasarkan bukti yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada mahasiswa UMS yang menggerakkan perhimpunan aman tersebut kerana berani menyuarakan penentangan terhadap rasuah sambil mematuhi proses undang-undang dalam menganjurkan demonstrasi aman tersebut.

“Malaysia memerlukan lebih banyak gerakan masyarakat sivil bebas seperti Gerakan Mahasiswa UMS yang boleh menjadi pemantau pihak ketiga dan menuntut pertanggungjawaban daripada pihak berkuasa.

“Memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab pihak berkuasa atau ahli politik semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama semua rakyat Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok